Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan Utama Liga Super: Nidzam Jamil pertaruh lima pertahanan kekang asakan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor_2.jpg
Aliff Izwan Yuslan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronnie Fernandez bagi mengetuai serangan Selangor menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan yang dinanti-nantikan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar nanti.

Nidzam Jamil mempertaruhkan tiga pertahanan tengah iaitu Mohammad Abualnadi, Umar Eshmurodov dan Sharul Nazeem bagi mengekang asakan Harimau Selatan yang mahu mencari kemenangan seterusnya.

 

Perlawanan ulangan final Piala FA itu bakal menyaksikan JDT ingin terus melebarkan penguasaan dalam Liga Super Malaysia apabila tampil menurunkan pemain terbaik untuk menggugat The Red Giants di halaman sendiri.

Romel Moralez bertindak sebagai penyerang utama sambil dibantu oleh Bergson da Silva yang dahagakan jaringan dalam setiap aksi.

Pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi, semestinya mahu mempamerkan permainan memukau untuk membantu skuad Hector Bidoglio mengekalkan rekod bersih bertemu Selangor.

Advertisement

Must Watch Video