LIGA SUPER MSIA
Kesebelasan utama Liga Super: Misi tiga mata pertama Kuching City
Perlawanan minggu kelima Liga Super Malaysia menyaksikan pasukan Kuching City mahu melaksanakan misi tiga mata pertama selepas dikecewakan oleh Selangor dalam pertemuan dramatik suku akhir Piala FA, minggu lalu.
Pertahanan import, James Okwuosa, bakal menggalas tugas sebagai ketua pasukan untuk mengekang asakan bekas kelabnya di hadapan peminat tempatan di Stadium Negeri, Sarawak.
Iklan
Selain itu, Jordan Mintah sekali lagi ditagih tatkala ingin merobek gawang PDRM sambil dibantu oleh pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Daniel Amier Norhisham, bagi menguasai bahagian tengah permainan.
Dua serangkai penyerang, Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki, menjadi taruhan utama skuad P. Maniam mencari kemenangan kedua untuk memperbaiki carta kedudukan saingan liga.
Must-Watch Video