Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama Liga Super: Mampukah Selangor ubati dua kekalahan lalu?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yan.jpg
Selepas dua kekalahan bertemu Kuala Lumpur City dan Terengganu sebelum ini, Selangor kembali ke halaman sendiri untuk misi mendapatkan semula landasan kemenangan demi memperbaiki prestasi pasukan malam ini bertemu Penang di Stadium Petaling Jaya, (MBPJ).

Mohd Khairulazhan kembali memperkuat posisi nombor satu The Red Giants susulan percaturan jurulatih, Nidzam Jamil, merehatkan Samuel Somerville, dalam aksi minggu keenam Liga Super.

Gandingan Noor Al-Rawabdeh dan Nooa Laine terus ditagih oleh naib juara Liga Super 2023 selain pemain utama, Yohandry Orozco, bakal membuat perhitungan bersama pemain muda, Mukhairi Ajmal, untuk melancarkan jentera serangan.
 
Skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan mempertaruhkan Rodrigo Da Silva untuk merobek gawang pasukan tuan rumah tersebut.

Advertisement

Must Watch Video