Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan Utama Final Unifi Piala Malaysia: Sri Pahang hanya ada tiga import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sp.jpg
Kehilangan Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo bukan alasan buat Sri Pahang untuk menawarkan permain berkualiti bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia, sebentar nanti.

Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan Aleksandar Cvetkovic, Mykola Ahapov dan Stefano Brundo menjadi taruhan import skuad kendalian Fandi Ahmad membentuk satu pasukan seimbang.




Pemain tumpuan sudah semestinya terarah kepada penyerang Harimau Malaya, Sergio Aguero, yang mahu menggugat ego Syihan Hazmi Mohamed dibantu pemain muda sedang meningkat naik, T. Saravanan.

Demi mengekang asakan Harimau Selatan, Tok Gajah menyenaraikan lima pertahanan yang dianggotai, Adam Nor Azlin, Cvetkovic, Syazwan Andik Mohd Ishak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisyam dan Ibrahim Manusi. 

Advertisement

Must Watch Video