Kesebelasan Utama Final Piala FA: Selangor taruh barisan terkuat, Faisal Halim di bangku simpanan

Saufi Tahir
Ogos 24, 2024 20:16 MYT
Ketua jurulatih Selangor,Nidzam Jamil, mempertaruhkan barisan pemain terkuat dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Benteng pertahanan The Red Giants diketuai oleh kapten pasukan, Safuwan Baharudin, bersama Muhamad Fazly Mazlan, Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar dan Sam Somerville (Penjaga Gawang) sebagai benteng terakhir.
Penjaring terbanyak Selangor musim ini, Yohandry Orozco akan memperkuat barisan tengah disamping Alex Agyarkwa dan Noor Al-Rawabdeh.

? ????? ?? ? Kesebelasan utama bagi perlawanan #JDTSFC yang akan bermula sejam dari sekarang. Sama-sama kita doakan semoga kemenangan milik kita malam ini #GergasiMerah ? #NoSurrender ? ? Noor Al-Rawabdeh kembali membarisi kesebelasan utama menentang JDT FC sebentar… pic.twitter.com/EEdbe1muft

— Selangor FC (@selangorfc) August 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelab dari Lembah Klang itu meletakkan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes di jentera serangan untuk merobohkan tembok Johor Darul Ta'zim (JDT).
Faisal Halim, Reziq Banihani berada dalam senari simpanan dengan Mukhairi Ajmal tiada dalam senarai pemain akhir hari ini.

FINAL PIALA FA 2024/25 ?Kesebelasan Utama ? ?? Johor Darul Ta'zim vs Selangor ???️ Stadium Stadium Nasional Bukit Jalil⏰ Sabtu, 24 Ogos, 9.00pm? Astro Arena Bola 803 & Astro GO@ASTROARENA pic.twitter.com/1Et0JDs2YU

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #JDT #Piala FA #Selangor #Final Piala FA