Nooa Laine bakal membuat penampilan pertama bersama Selangor dalam saingan Liga Super bagi pertemuan Liga Super dengan Kedah Darul Aman sebentar lagi.
Selepas tidak membuat penampilan dalam Perlawanan Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor kembali ke gelanggang untuk perlawanan Liga Super kedua bertemu skuad bimbingan Nafuzi Zain di Stadium MBPJ.
Kedah yang kembali ke Lembah Klang bagi memburu kemenangan kedua dalam saingan liga membariskan skuad yang sama ketika mengatasi PDRM 1-0 dalam perlawanan terdahulu.
Syafiq Ahmad turun selaku penyerang utama bergandingan bersama Sonny Norde dan Milos Gordic manakala pertahanan berpengalaman, Rizal Ghazali turun sebagai bek-kanan serta Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dipertanggungjawab bertindak sebagai penjaga gol Kedah.
Selangor, yang tanpa Faisal Halim, bakal menaruh harapan kualiti yang dimiliki oleh Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al-Rawabdeh yang bergandingan bersama Nooa Laine di bahagian tengah sementara kehadiran Mukhairi Ajmal Mahadi bakal menjadi watak penting anak buah Nidzam Jamil memburu kemenangan pertama di hadapan penyokong di laman sendiri.

Final countdown⏳
— karlnunis (@_karlnunis) May 18, 2024
Muhkairi Ajmal mengisi kekosongan #FH7 sementara Kedah Darul Aman maintain kesebelasan terbaik.@ASTROARENA pic.twitter.com/iBAq9UMmoO