Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyatakan bahawa siasatan kes yang melibatkan pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim, kini diambil alih oleh pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Mengambil sumber dari Bernama, Kamri Kamaruddin, yang bertindak sebagai Timbalan Speaker memaklumkan Pejabat DUN Selangor telah menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berhubung usul 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor yang dibawa oleh Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (PH-Seri Serdang).
Sementara itu, siasatan mengenai kes serangan asid yang melibatkan pemain utama Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim, masih belum mendapat maklum balas lanjut daripada pihak berkuasa.
Sehingga kini, pihak kerajaan negeri Selangor belum menerima sebarang perkembangan atau maklumat terkini berkenaan status siasatan kes ini daripada pihak polis.
Pada 5 Mei 2024, Faisal, yang merupakan penjaring gol terbaik Piala Asia 2023, telah diserang dengan asid di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara.
Serangan tersebut menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk termasuk kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian tubuhnya.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, dalam kenyataannya berkata bahawa kerajaan negeri masih menunggu maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan tersebut.
"Maklum balas itu menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini dan kes telah diambil alih oleh pasukan khas daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.”
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya sebelum memulakan sesi pertanyaan pada persidangan DUN Selangor di sini.
Aleqha Zainal
Mon Nov 25 2024