Jaringan tunggal daripada Muhd Afiq Asyraf Asran dalam babak kedua memastikan SMK Seri Kota meleburkan rekod tanpa kalah Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sekali gus meraih tiga mata dalam saingan kumpulan B Kejohanan Bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 2025 dengan rakan strategik 100PLUS.
Gol yang terhasil pada minit ke-51 hasil sepakan percuma Muhd Afiq Asyraf yang terus menerjah jaring memastikan kemenangan 1-0 ke atas SSBJ.
Ini juga merupakan kemenangan kedua buat skuad kendalian Mohd Firdaus Mohd Fauzi selepas meraih kemenangan pertama ketika menewaskan SMK Putrajaya Presint 8 (1) penghujung Jun lalu.
Penolong Jurulatih SMK Seri Kota, Mohd Saiful Mustafa, berkongsikan kerja keras oleh pemain dan barisan kejurulatihan mula menunjukkan peningkatan dan keputusan positif selepas mengharungi sembilan perlawanan.

"Pertama sekali Alhamdulillah kami mendapat kemenangan kedua dengan momentum banyak keputusan seri. Perlawanan terakhir kami tewas di Kelantan (SMK Putera).
"Kami mahu pasukan ini lebih baik berbanding musim lepas dimana kami membentuk pasukan ini untuk saingan bawah 16 dan 17 tahun. Saya mahu mereka faham tentang permainan dan teknikal dalam bolasepak, kemenangan adalah perkara kedua.
“Secara keseluruhan, mereka boleh bermain tetapi konsisten adalah sesuatu yang sukar untuk di cari termasuk pasukan yang berada di kedudukan teratas. Kita perlu faham mereka berumur 14 tahun, masih di peringkat pembangunan dan masih dalam proses pembelajaran,”kata Mohd Saiful.
Selepas mengharungi sembilan perlawanan, SMK Seri kota menghuni tangga kelapan kumpulan B dengan 11 mata selepas mencatat dua kemenangan, lima seri dan dua kekalahan.
Dalam pada itu, SSBJ mahu terus memberi fokus kepada perlawanan seterusnya walaupun rekod tanpa kalah mereka dicalar oleh SMK Seri Kota pada perlawanan kelapan.
Bagi Penolong Jurulatih, Adrian Shaun Scully, bukan mudah untuk kekal konsisten di tangga teratas namun perjalanan liga masih lagi panjang dan mereka masih belum mahu mengaku kalah.
“Kami mengucapkan tahniah kepada SMK Seri Kota kerana perlawanan yang berintensiti tinggi pada hari ini (semalam). Kami sudah berusaha untuk mencipta jaringan tetapi nasib tidak memihak kepada kami.
“Kami masih ada beberapa perlawanan lagi. Seperti semua tahu, untuk kekal berada di atas bukan mudah, banyak cabaran dan tekanan melibatkan semua. Kami akan terus mencuba dan berjuang sehabis baik sehingga tamat liga,”kata Adrian Shaun Scully.
SSBJ kini menghuni tangga ketiga, berkongsi 19 mata dengan SMK Taman Desa Skudai B14 B selepas bermain lapan perlawanan.