Kerajaan, syarikat swasta suntik dana RM15 juta buat Harimau Malaya
Muzaffar Musa
September 3, 2024 11:07 MYT
September 3, 2024 11:07 MYT
Skuad bola sepak negara akan menerima suntikan dana sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan untuk menjadi antara gergasi rantau Asia dalam tempoh beberapa tahun ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan sebentar tadi.
Menurut Perdana Menteri, pihak Kerajaan akan menyuntik dana RM10 juta manakala RM5 juta lagi akan disuntik oleh pihak swasta.
"Jadi pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat, terutama orang muda, meminati bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuhkan pasukan Harimau Malaya, pasukan Malaysia ini.
"Saya akan memperuntukkan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM10 juta dan saya sudah dapat komitmen daripada syarikat-syarikat sebanyak RM5 juta.
"Tetapi RM15 juta itu bukan untuk persatuan, ia khusus untuk pasukan Harimau Malaya.
"Untuk dapatkan pengurus, jurulatih yang terbaik supaya dalam beberapa tahun ini, kita akan mengangkat Harimau Malaya sebagai antara gergasi di Asia.
"Kita akan perhatikan kemudahan dan kebajikan pemain-pemain bola sepak, yang bagi saya sebagai keutamaan," katanya.
Harimau Malaya terima suntikan RM15 juta. RM10 juta daripada kerajaan, RM5 juta daripada syarikat swasta untuk menjadikan skuad Harimau Malaya sebagai gergasi Asia! ?@ASTROARENA pic.twitter.com/yLtEJRLPZd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.