Skip to main content

Bola Sepak

Kepuasan beraksi lebih beerti buat Zamir Selamat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zamir-selamat.jpg
Penjaga gol berpengalaman, Zamir Selamat, mempunyai misi tersendiri berikutan penghijrahan pinjamannya ke UiTM FC dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) yang berakhir awal bulan ini. 

Zamir sukar menembusi kesebelasan utama Kuala Lumpur City berikutan Kevin Mendoza dari Filipina lebih mendapat kepercayaan Bojan Hodak. 

"Apa yang terjadi pada musim ini dan lalu adalah perkara yang berbeza.

"Tahun lalu saya dapat buat sesuatu untuk Kuala Lumpur kembali ke Liga Super.

"Bagi saya dinamakan dalam 10 Penjaga Gol Terbaik adalah satu pencapaian. 

"Mungkin ada faktor lain dan bukan rezeki saya pada musim ini.

"Sebagai pemain bola sepak saya cari kepuasan. Persembahan yang baik adalah satu kepuasan," katanya dalam Nadi Arena sebentar tadi. 




Walaupun menyertai pasukan tercorot Liga Super, bekas produk Sekolah Sukan Bukit Jalil itu berharap ia akan menjadi medan buatnya untuk mendapat rentak, seterusnya mengetuk pintu skuad kebangsaan. 

"Ia adalah matlamat besar saya seperti yang saya katakan pada awal tahun ini.

"Saya berhajat besar untuk kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan. 

"Baik saya ambil peluang satu peratus ini untuk dapatkan baki 99 peratus peluang yang ada. 

"Insya-Allah dan doakan saya untuk ke pasukan negara dan masih boleh berbakti dalam bola sepak." 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video