Hasrat Manchester City untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) belum muktamad lagi biarpun skuad kendalian Pep Guardiola itu kembali mendahului Liverpool dengan tiga mata di puncak.
Ini kerana bekas kapten Manchester United, Gary Neville, percaya kecederaan yang menimpa benteng tengah, Ruben Dias, dalam kejayaan 5-0 menundukkan Newcastle United, awal pagi tadi, menawarkan sedikir harapan kepada Liverpool kendalian Jurgen Klopp itu.
"Saya percaya Wolves atau West Ham mampu mengejutkan Manchester City," katanya.
"Dengan Ruben Dias tercedera, mereka akan berdepan sebuah pasukan yang mempunyai sistem permainan yang boleh menjejaskan City. Kedua-dua pasukan telah mengharungi musim yang baik. Ia agak janggal. City perlu berada di tahap terbaik.
"Bahagian pertahanan tengah City tempang. Krisis kecederaan akan menjadi satu rangsangan bagi Liverpool menghidupkan peluang. Saya fikir ada sesuatu yang kita terlepas pandang dalam perlumbaan kejuaraan ini. Ia tidak akan berjalan lancar hingga ke penghujungnya.
"Jika City melepasi dua perlawanan seterusnya, mereka akan menjuarai EPL. Wolves atau West Ham perlu mencuri mata daripada City dan ia belum berakhir.
"Seandainya Liverpool pernah mengharapkan Arsenal dan Tottenham untuk menghampakan City, tetapi selepas ini West Ham dan Wolves menjadi rintangan utama.
"Tahap Manchester United dan Chelsea telah menurun. Terdapat banyak perkara untuk diperjuangkan. Ia bagus untuk liga bahawa Liverpool yang akan beraksi terlebih dahulu. Saya tidak fikir Liverpool akan tercicir mata. Mereka akan melaksanakan tugas mereka.
"Sesiapa yang menamatkan saingan di tempat pertama atau kedua, masing-masing tidak akan mengatakan bahawa mereka sendiri yang melepaskan peluang. Kedua-dua pasukan ini tidak pernah mengecewakan dalam soal usaha atau sikap mereka. Menjadi profesional dan membuat persediaan dengan baik sentiasa dikekalkan.
"Kedua-dua pasukan ini melakukannya dengan sangat baik. Mereka mengambil berat tentang aspek pekerjaan, sikap dan inspirasi mereka. Ia berterusan baik di bawah Pep Guardiola mahupun Jurgen Klopp, ia tiada sebarang cacat cela."
Dalam masa sama, Guardiola meratapi kehilangan trio City, Kyle Walker, John Stones dan Dias, untuk memperkemaskan pertahanan sambil berseloroh bahawa bintang muda, Phil Folden, berkemungkinan akan mengisi peranan di bahagian belakang.
"Dalam situasi ini ia satu bukan masalah. Jika Rodri perlu bermain di posisi itu mahupun seseorang daripada akademi juga bukan satu masalah," katanya pula.

5+ - @ManCity have scored five or more goals in a Premier League game for the 30th time since Pep Guardiola took over in 2016-17, which is more than the second and third most instances by teams combined:
— OptaJoe (@OptaJoe) May 8, 2022
30 - Manchester City
14 - Liverpool
13 - Spurs
Carnage. pic.twitter.com/qz1XE9qtrg