Skip to main content

Bola Sepak

Kental! Dua hari selepas bantu kemenangan Harimau Malaya, Gabriel Palmero sudah jalani latihan di Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palmero.jpg
Bintang muda Harimau Malaya, Gabriel Palmero, selamat tiba di Salamanca, Sepanyol selepas membantu skuad negara meraih kemenangan dalam dua aksi persahabatan baru-baru ini.

Gabriel bertindak sebagai pemain gantian ketika skuad negara menewaskan Singapura 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 September lalu sebelum diletakkan sebagai kesebelasan pemula sewaktu menewaskan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Isnin lalu.

Meskipun beraksi sebagai bek kiri, pemain berusia 23 tahun itu kerap mengancam kubu lawan, terutama dalam babak pertama perlawanan menentang Palestin.

Semalam, dua hari selepas perlawanan di SSI, Gabriel dilihat sudah kembali berlatih bersama kelabnya, Unionistas de Salamanca.

Dalam satu kemas kini laman sosial malam tadi, kelab itu berkata: "Palmero sudah kembali berlatih bersama rakan sepasukan yang lain. Kental!"

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video