Skip to main content

Bola Sepak

Kenapa tidak? -- Jose Mourinho berminat latih Celtic, Rangers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mourinho.jpg
Jose Mourinho memberikan bayangan dia berminat untuk menjadi pengurus Celtic mahupun Rangers pada masa akan datang dengan menjelaskan saingan liga yang bersemangat di Scotland boleh menariknya untuk ke sana.

Fenerbahce kendalian Mourinho akan melayani kunjungan Rangers menjelang perlawanan pertama pusingan 16 Liga Eropah (UEL), di laman sendiri, awal pagi esok.

Barry Ferguson akan memacu Rangers di Türkiye selaku jurulatih, selepas mengambil alih baki musim susulan pemecatan Philippe Clement, dengan kelab itu kini ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu iaitu Celtic.

Untuk rekod, Mourinho telah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea di England, malah turut pernah melatih Manchester United dan Tottenham.


 


Jurulatih kelahiran Portugal ditanya mengenai status dirinya kembali ke UK, dengan kekosongan jurulatih Rangers masih belum dinoktahkan.

"Kenapa tidak pada masa hadapan? Ramai orang mengatakan Liga Scotland adalah mengenai liga dua pasukan, tetapi ia dalah keghairahan dan semangat dalam bola sepak adalah segala-galanya bagi saya.

"Rangers dan Celtic adalah kelab besar dengan penyokong yang besar, jadi mengapa tidak?" katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video