BOLA SEPAK MSIA

Kenangan luar biasa akan kekal selamanya -- Pau Marti Vicente

Stadium Astro
Saufi Tahir
18/02/2025
00:16 MYT
Sponsor Banner
Kenangan luar biasa akan kekal selamanya -- Pau Marti Vicente
Bekas jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente, mengimbau kembali tahun 2022 yang bermakna buat dirinya ketika diperkenalkan secara rasmi sebagai pasukan kejurulatihan skuad negara tiga tahun lalu.
Dia yang memiliki lesen profesional daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) bertindak sebagai pembantu jurulatih kepada Kim Pan-gon sebelum 'dinaikkan pangkat' selaku jurulatih Harimau Malaya.
Bekas pembantu jurulatih skuad Barcelona B-18 itu menerusi laman Facebook, mengucapkan semoga maju jaya buat Malaysia dan beranggapan kenangannya di Malaysia sebagai luar biasa.
"2022 - Tiga tahun yang lalu hari ini, kami mengadakan sidang akhbar pertama kami sebagai pasukan jurulatih skuad kebangsaan Malaysia.
"Hampir tiga tahun, bagi sesetengah kami, mengetuai pasukan ini dan berjuang untuk negara di seluruh dunia.
"Banyak kenangan luar biasa yang akan kekal selamanya, Semoga Berjaya di masa depan Malaysia." katanya.
Kejayaan manis pengendali berusia 41 tahun itu adalah ketika membawa Malaysia menjulang gelaran Pestabola Merdeka 2024 sekali gus menoktahkan penantian 11 tahun negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video