LIGA SUPER MSIA
Kempen pramusim Selangor bermula dengan tewas kepada kelab Thailand
Jaringan pada minit ke-18 oleh tuan rumah, Ratchaburi, jelas memisahkan jurang antara Selangor yang memulakan jelajah pramusim di Thailand, semalam.
Perlawanan persahabatan itu menyaksikan bintang Jordan yang mara ke Piala Dunia 2026, Noor Al-Rawabdeh, kembali menghiasi kesebelasan utama Gergasi Merah selepas menderita kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), sebelum ini.
The Dragons memenangi aksi tersebut menerusi rembatan deras pemain import yang menewaskan bekas penjaga gol Penang, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, untuk naib juara Liga Super itu terpaksa berputih mata di Stadium Ratchaburi.
Iklan
𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝𝐥𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟔FT | Ratchaburi FC (1-0) Selangor FC#SFC #MKLK #MerahKuning #LambangKebanggaan#ThisIsSelangor pic.twitter.com/Hrk5ve1MFY— Selangor FC (@selangorfc) July 9, 2025
Untuk rekod, kelab tersebut merupakan bekas pasukan pemain kebangsaan, Safawi Rasid, yang pernah menyertai secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2023.
Must-Watch Video



