BOLA SEPAK MSIA
Kementerian Dalam Negeri beri status pemain warisan terbaru negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan keputusan mengenai kelulusan permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melibatkan berkenaan pemain warisan terbaru Harimau Malaya.
Terdahulu, FAM mengeluarkan kenyataan bahawa badan induk itu kini menunggu status daripada Kerajaan Malaysia tentang proses kewarganegaraan empat pemain warisan sambil melengkapkan pendokumentasian bagi menyokong proses tersebut.
Pemain-pemain itu akan mendapat kerakyatan sebagai warganegara Malaysia dalam tempoh terdekat bagi tujuan memperkuat skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih baru, Peter Cklamovski, menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027.
Iklan
Sudah pasti, KDN akan melakukan semakan untuk menentukan sama ada nama-nama tersebut mempunyai hubungan dengan rakyat Malaysia atau tidak.
“Proses semakan akan dijalankan untuk menentukan kategori permohonan, khususnya.
"Mengikut Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, mereka harus mempunyai kaitan dengan rakyat tempatan seperti pertalian darah.
Perbincangan untuk meneliti akan dilakukan secepat bagi mencari kata sepakat dan akan diluluskan dalam masa terdekat,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Must-Watch Video