Dua kekalahan berturut-turut sememangnya meragut keyakinan dalam kem Kedah Darul Aman (KDA) FC -- apatah lagi Sang Kenari tanpa khidmat dua individu penting, di atas dan di luar padang -- Nafuzi Zain serta kapten pasukan, Manuel Ott yang dilayangkan kad merah dalam aksi menentang PDRM FC.
Ujian getir yang dijelmakan Kelantan United bermula apabila kerapuhan benteng pertahanan Kedah sekali lagi terbukti apabila David Silva mengekskploitasi ruang yang dimilikinya untuk meledak gol pembukaan.
Situasi cemas terus melanda Kedah -- mujur elemen kepercayaan diri jadi azimat Sang Kenari -- Willian Lira dan Manuel Hidalgo memainkan watak utama dalam mencipta kebangkitan.
“Sebenarnya walaupun KDA tanpa pengendali Nafuzi Zain, namun perancangan taktikal datangnya daripada dia, dan pemain-pemain menterjemahkan dengan sempurna dalam perlawanan ini.
“Tahniah kepada pemain-pemain Kedah kembali ke prestasi sebenar dalam perlawanan malam ini dan akhirnya kembali melakar rentak kemenangan yang sememangnya penting untuk moral team bagi perlawanan di laman sendiri nanti.
“Kemenangan sememangnya amat cukup bermakna selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut yang menyaksikan prestasi merudum sebelum ini.
“Tahniah juga buat Kelantan United juga yang telah memberikan saingan sengit kepada KDA sehingga perlawanan tamat,” kata Penolong Ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag.

⚔ FULL TIME ⚔
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 13, 2023
Good job boys ? pic.twitter.com/p8ryfYLZQx