Skip to main content

Bola Sepak

Kembar pertama sejak 2019, Wan Kuzain sekali lagi 'mod standby', Luqman Hakim hampir tembus skuad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nt.jpg
Panggilan pemain Harimau Malaya kali ini mendapat perhatian unik menjelang perlawanan menentang Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 18 November ini. 

Untuk rekod, ini merupakan aksi terakhir skuad kebangsaan bermain di tempat sendiri selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan aksi tersebut berlangsung di Kuala Lumpur (KL) susulan ketidaksediaan venue menjadi punca utama yang sepatutnya dianjurkan oleh Nepal di laman sendiri itu, tidak dapat dijalankan.

Seramai 27 pemain menerima seruan pertiwi bergabung membentuk satu pasukan terkuat bagi misi mengekalkan kemenangan bersih tanpa kalah. 

Tahukah anda? Bintang KL City, Ryan Lambert, meraih panggilan pertama dalam sejarah. Seorang muka baharu yang akan mewarnai kem latihan pasukan negara. 

Tidak dilupakan, Declan Lambert juga turut dipanggil oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski. Ini bermakna, pasangan adik-beradik itu berjaya menembusi skuad Harimau Malaya secara bersama buat kali pertama. 

Ia, sekali gus menjadi gandingan kembar pertama sejak 2019 selepas Aidil Zafuan Abd Razak-Zaquan Adha Abd Razak. 

Selain itu, pemain berdarah campuran, Wan Kuzain Wan Kamal, sekali lagi berada dalam Senarai Bersedia buat kali ketiga. Tonggak St Louis City 2 berusia 27 tahun itu telah membuat sebanyak 96 penampilan dengan menjaringkan 15 gol dan 12 bantuan jaringan.

Sementera itu, bekas pemain bawah 23 tahun (B-23) negara, Luqman Hakim Shamsuddin, turut tersenarai dalam bersama 11 pemain Bersedia yang lain, dan merupakan wakil tunggal daripada Negeri Sembilan selepas menonjolkan permainan memukau setakat ini.

Senarai penuh 27 pemain:

   

Advertisement

Must Watch Video