Skip to main content

Bola Sepak

Kemarau trofi berakhir buat Kane dan Son

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane-dan-son.jpg
Pernah digelar antara gandingan berbahaya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Harry Kane dan Son Heung-min akhirnya memenangi piala pertama merek bersama pasukan masing-masing.

Harry Kane raih trofi utama bersama Bayern Munich selepas muncul juara Bundesliga 2024-25. Kane menyumbat 26 gol dan melakukan lapan bantuan jaringan sepanjang 31 perlawanan dia diturunkan musim ini. Itu juga meletakkan Kane sebagai penjaring terbanyak liga berkenaan.

Son pula menjulang trofi pertama bersama kelabnya selepas 10 tahun setia bermain buat pasukan Tottenham Hotspur. 

Kali terakhir Son muncul juara adalah bersama pasukan Korea Selatan, yang ketika itu muncul juara Sukan Asia 2018.

 

Advertisement

Must Watch Video