BOLA SEPAK
Kemalangan ragut nyawa pemilik Millwall
Millwall mengumumkan kematian pemilik dan pengerusi, John Berylson, dalam kemalangan tragis.
The Lions mengesahkan berita itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter awal pagi tadi.
Kenyataan itu berbunyi bahawa Berylson, 70, yang mula terlibat dengan kelab berkenaan pada 2006 telah meninggal dunia akibat kemalangan pada pagi Selasa.
Iklan
Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) menciap di Twitter: "EFL terkejut dan sedih dengan berita ini dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga John dan semua orang yang berkaitan dengan Millwall."
Bekas pertahanan Millwall, Alan Dunne, yang membuat hampir 350 penampilan bersama kelab itu turut memberikan penghormatan.
— Millwall FC (@MillwallFC) July 4, 2023"Takziah yang mendalam kepada bukan sahaja pengerusi kami malah dianggap sebagai rakan selama bertahun-tahun ini," kata Dunne di Twitter.
“John merupakan seorang lelaki yang meletakkan Millwall kembali di peta.
"Apa yang pernah dilakukannya untuk kelab ini akan sentiasa diingati dan kami hanya boleh berterima kasih atas segala yang dilakukannya terhadap saya dan MILLWALL.”
Must-Watch Video