EPL
Kemah nate ni atas padang! -- fifaworldcup
Figura yang tidak asing di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL), Kevin de Bruyne, membuktikan kredibilitinya sebagai salah seorang perancang tengah yang cukup berkaliber beraksi di peringkat kelab mahupun antarabangsa.
Bersama Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola, De Bruyne telah mencipta kejayaan demi kejayaan, kejuaraan demi kejuaraan dan mercu yang dicipta, kejuaraan treble sementara empat kali bergelar juara Liga Perdana Inggeris.
Menyarung jersi biru di bumi Manchester, mereka kini berjaya mengatasi rekod demi rekod, membuktikan The Cityzens adalah pasukan yang cukup dominan bersama musuh setempat, Manchester United, yang terus ketandusan kejuaraan sementara kini terperosok di lembah aib, menghuni tangga ke-14 lagi.
Iklan
Dan demi memberikan penghargaan buat De Bruyne, laman Instagram, fifaworldcup memuat naik gambar bintang tengah itu dengan kapsyen, "Kemah nate ni atas padang!"
Kata-kata yang dengan longat Pantai Timur yang memberi makna De Bruyne seorang pemain yang cukup dikagumi setiap kali turun beraksi."

Walaupun perkataan 'nate' itu bermaksud binatang, konteks bahasa yang digunapakai bukanlah untuk mengutuk namun cuma ingin menggambarkan De Bruyne ini cukup berbisa dengan kualiti sentuhan penyudah yang cukup klinikal, kawalan bola rapi serta hantarannya yang cukup tepat mencari rakan sepasukan.
Must-Watch Video