Skip to main content

Bola Sepak

Keluar secara percuma, Jalil Elias dilapor tidak sambung kontrak bersama JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jalilelias.jpg
Teka-teki mengenai status Jalil Elias akhirnya terjawab?

Tular di X berhubung masa depan pemain yang memiliki kerakyatan Syria itu tidak akan menyambung kontrak bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali gus bakal meninggalkan Harimau Selatan pada bila-bila masa.

Menurut laporan laman transfermarkt, kontrak tonggak berusia 28 tahun itu akan berakhir pada hujung bulan ini, namun tidak diketahui ke manakah hala tujunya selepas ini. 

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Jalis Elias kembali semula ke bekas majikannya, San Lorenzo, secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli secara tetap. 

 

Tanda tanya mengenai status pemain tengah itu masih lagi rahsia. 

Untuk rekod, dia hanya bermain selama 69 minit sahaja bersama JDT ketika perlawanan pertama Liga Super Malaysia bertemu Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), tahun lalu.

Dia secara tiba-tiba hilang daripada radar juara Unifi Piala Malaysia itu sehinggalah dia menyertai kelab Argentina, Atletico Velez Sarsfield, sebagai pemain pinjaman sehingga Disember 2024.
 

Advertisement

Must Watch Video