BAYERN 6 MAINZ 2
Julian Nagelsmann melabel Bayern Munich telah menyajikan satu persembahan yang cukup menarik ketika menewaskan Mainz 6-2 di Allianz Arena untuk mendaki puncak Bundesliga, malam tadi.
Gergasi Bavaria itu melanjutkan rentak kemenangan mereka kepada enam perlawanan dengan menjadikan Mainz mangsa seterusnya selepas membenam Barcelona 3-0 dalam Liga Juara-Juara (UCL) pertengahan minggu ini.
Bayern memiliki enam penjaring berbeza buat kali ketiga dalam kancah Bundesliga apabila Mainz turut pernah dikalahkan dengan teruk pada Ogos 2019.
Serge Gnabry, Jamal Musiala dan Sadio Mane mencetak nama selaku penjaring dalam separuh masa pertama sebelum Silvan Widmer mengurangkan defisit gol sejurus Sven Ulreich menyelamatkan sepakan penalti Jonathan Burkardt.
Leon Goretzka, Mathys Tel dan Eric Maxim Choupo-Moting yang berada dalam prestasi terbaik menjaringkan gol dalam babak kedua, namun Marcus Ingvartsen menjaringkan gol kedua buat Mainz susulan kesilapan Ulrich.
Bayern kini mengumpul 39 gol dalam sembilan perlawanan tanpa kalah bagi memintas Union Berlin, justeru pengurus itu mengakui terhibur dengan persembahan anak buahnya.
Dia berkata: "Saya rasa kami menghadapi kesukaran dalam tempoh 5 hingga 10 minit awal separuh masa pertama dan kedua. Jika tidak, kami pasti dapat melakukannya dengan lebih baik lagi.
"Pujian harus diberikan kepada pasukan kerana beraksi seperti ini setiap tiga hari. Mereka seronok untuk ditonton, ia hasil gabungan kualiti dan sikap. Pujian buat pemain saya."
Mane dan Musiala mencetuskan banyak masalah di kubu Mainz, lantas Nagelsmann memuji Mane yang telah menjaringkan 11 gol dalam musim pertamanya bersama kelab itu.
Dia berkata: "Saya gembira dengan prestasi Sadio Mane. Perkembangan dua minggu lalu adalah baik berdasarkan posisinya.
"Dia lebih kerap beraksi di bahagian sayap ketika di Liverpool. Dia bermain dengan baik hari ini seperti ketika bertandang ke Barcelona.
"Saya harap ia berterusan."

6 - FC Bayern had six different scorers in the 6-2 win against Mainz - it was only the third time in a BL match in this century that the Munich team had so many different scorers, and the second time against Mainz (previously on 31st August, 2019). Deja vu. #FCBM05 pic.twitter.com/uILr86HbQC
— OptaFranz (@OptaFranz) October 29, 2022