Skip to main content

Bola Sepak

Kelibat Jamie Vardy letak Leicester dalam dilema

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jamie-vardy.jpg
Brendan Rodgers tersepit dalam situasi mengetengahkan Jamie Vardy dalam barisan Leicester City tatkala mereka cuba keluar dari tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Situasi itu meletakkan masa depan pengurus tersebut dalam keraguan, lebih-lebih lagi  tindakan Rodgers mengetepikan penjaring terbanyak kelab berkenaan sejak tujuh musim lalu mengundang kritikan. 

Vardy digugurkan dalam kunjungan ke Brighton dua minggu lalu dan walaupun Patson Daka dan Kelechi Iheanacho menemui sentuhan penyudah, mereka merindui karakter kepimpinannya.

Penggempur berusia 35 tahun terbabit berharap disenaraikan dalam kesebelasan ketika beraksi di Tottenham, tengah malam ini, selepas The Foxes sekadar memperoleh satu mata daripada enam perlawanan, tetapi Rodgers mengakui ia adalah satu sukar mengenai peranan anak buahnya itu.

"Jamie faham di mana kedudukannya," kata bekas pengurus Liverpool itu. 




"Dia akan mencecah usia 36 tahun pada Januari depan dan dia sedar tidak boleh meneruskannya buat selama-lamanya. Kami hanya perlu menguruskannya bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

"Apabila saya datang ke mari pada 2019, orang ramai masih meraguinya dan kami mempunyai beberapa tahun yang hebat daripadanya.

"Ia adalah satu cabaran bagi mana-mana pemain terutama pemain handalan. Apabila tiba masanya khidmat anda tidak digunakan lagi seperti sebelum ini. Ia sentiasa sukar untuk diterima.

"Bagaimanapun, anda perlu cuba menyokong pasukan secara kolektif, kemudian melakukan yang terbaik apabila anda diminta untuk beraksi. Dia melakukan segala-galanya untuk menjaga dirinya sendiri."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video