Kelibat penyerang UKM FC, Michael Ijezie, yang meledak tujuh gol dalam dua perlawanan tidak mencemaskan Terengganu FC (TFC) II menjelang aksi Piala Cabaran di Kuala Terengganu, malam esok.
Jurulatih TFC II, Tengku Hazman Raja Hassan, yakin barisan pemainnya tidak akan berdepan masalah untuk merantai pemain kelahiran Nigeria itu sepanjang 90 minit permainan.
Rekod pertemuan saingan liga yang memihak kepada TFC II juga membuktikan barisan pertahanan mereka mampu membantu mengekalkan rentak positif dalam Piala Cabaran.
"Kami menang dua kali ke atas UKM sebelum ini dan walaupun tidak boleh dijadikan ukuran, saya tahu pemain-pemain boleh mengawal Ijezie.
"Ketika bertemu Negeri Sembilan dan Sarawak, pertahanan saya juga berjaya mengunci pergerakan Angel Guirado serta Mateo Roskam dengan baik," ujar Tengku Hazman.
Bekas ketua pasukan kebangsaan itu turut memberitahu bahawa sedikit perubahan taktikal akan dilakukannya dengan Akanni Sunday Wasiu dijangka bermula di bangku simpanan gara-gara masalah kecergasan.
Sandaran akan diletakkan kepada pemain sayap, Mohd Haidhir Suhaini, yang kembali dari kecederaan manakala Bruno Junichi Suzuki akan mengetuai jentera serangan TFC II.
"Pendekatan akan tertumpu untuk menyerang memandangkan kami beraksi di tempat sendiri dan saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum," katanya.
Dari dua perlawanan, saingan Kumpulan A menyaksikan UKM FC di tangga teratas memungut enam mata dengan TFC II kedua mengumpul empat mata.
Sarawak di kedudukan ketiga hanya satu mata manakala Negeri Sembilan tercorot tanpat sebarang mata.