Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia; Walaupun dia dikritik, Pan-gon tetap akan beri yang terbaik -- Amri Yahyah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amri_1.jpg
Faktor jaringan bakal menjadi penentu nasib skuad Harimau Malaya untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sekaligus berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi nanti.

Berdasarkan situasi pasukan, sememangnya ia tugasan sukar buat anak buah Kim Pan-gon memandangkan mereka tidak mempunyai ramai pemain utama di posisi serangan.

Hakikat itu tidak dinafikan bekas penyerang negara, Mohd Amri Yahyah, namun pemain yang pernah meledak gol ketika bertemu Manchester United ini masih percaya terhadap pemain sedia ada untuk menggalas misi pasukan.

"Bagi saya, pemain yang ada sekarang semua boleh main cuma perlu ada bantuan.

"Dalam pasukan kena ada bantuan satu sama lain untuk berjaya. Saya tidak boleh jangkakan kerana jurulatih akan beri yang terbaik. Walaupun dia dikritik dia tetap tenang dan akan beri yang terbaik.

"Kita doakan kepada Kim Pan-gon dan pasukan agar berjaya dan menang." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video