BOLA SEPAK

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Tekanan tidak pernah putus sepanjang kendali Harimau Malaya -- KPG

Stadium Astro
Stadium Astro
10/06/2024
04:54 MYT
Sponsor Banner
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Tekanan tidak pernah putus sepanjang kendali Harimau Malaya -- KPG
Kim Pan-gon, mengakui setiap pencapaian yang diperoleh meningkatkan lagi tahap jangkaan terhadap pasukan kendaliannya.
Harimau Malaya telah menampilkan satu perubahan di bawah bimbingan Pan-gon, yang hadir menggantikan khidmat Tan Cheng Hoe dua tahun lalu, menyaksikan dia membawa Malaysia ke pentas Piala Asia buat pertama kali sejak 42 tahun, mengatasi Bangladesh 4-1 dalam perlawanan yang disaluti dengan kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia beraksi di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan berjaya mendahului peringkat kumpulan selepas dua kemenangan yang diperoleh.
Memasuki pentas Piala Asia, berada dalam kumpulan yang dibarisi pasukan seperti Republik Korea, Jordan, dan Bahrain, Harimau Malaya menamatkan saingan kumpulan di tempat keempat dan keputusan terbaik yang diperoleh adalah ketika seri 3-3 dengan Taeguk Warriors.
Dua perlawanan bertemu Oman menyaksikan tewas 2-0 sementara sekadar seri 1-1 dengan Republik Kyrgyzstan menyaksikan Malaysia berdepan tugas sukar untuk membawa cabaran ke pusingan ketiga dan layak secara automatik ke Piala Asia apabila memerlukan jaringan besar ketika bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Bercakap menerusi sidang media, Pan-gon berkata, "Tekanan semakin tinggi berbanding sebelum ini. Malaysia layak secara merit beraksi di pentas Piala Asia. Kami telah berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti dan pencapaian Harimau Malaya.
"Namun masa berlalu lebih banyak kami capai seharusnya menggembirakan penyokong namun lebih banyak tekanan diletakkan terhadap pasukan ini.
"Pada mula saya diberikan pujian namun ketika ini, segalanya bersifat negatif.
"Itu apa yang rasa ketika ini. Namun saya tidak pernah mengalah menghadapi sebarang cabaran. Saya tetap akan terus mencuba untuk bersama pasukan."
"Saya diberikan kemudahan dan semuanya disediakan tetapi sekarang saya banyak menerima tohmahan negatif dan saya bersedia untuk segala kemungkinan. Saya menggangap ia perkara biasa dan takkan mengalah.
"Perlawanan esok akan menjadi satu lagi cabaran buat Malaysia. Sukar untuk membayangkan jika kami tidak mampu mendapatkan sasaran ini.
"Saya telah memberitahu kepada barisan pemain, perlawanan ini adalah misi hidup mati, kami bukan hanya perlu menang, perlu menang dengan jaringan yang besar.
"Perkara paling utama adalah kami perlu mendapatkan gol pertama terlebih dahulu."
Misi wajib menang besar Malaysia bakal bermula pada jam 9 malam. Saksikan di Astro Arena dan strim menerusi Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video