Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Skuad Republik Kyrgyz berpangkalan di Akademi Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

republik-kyrgyz.jpg
Ketika skuad Harimau Malaya giat menjalani latihan pertama di Wisma FAM, pasukan kebangsaan Republik Kyrgyz turut melakukan persiapan yang serupa untuk pertemuan penting kedua-dua pasukan pada Khamis lalu. 

Republik Kyrgyz tiba di kem latihan mereka di Bandaraya Jalal-Abad sejak semalam dan pasukan bimbingan Stefan Tarkovic sedang menjalani latihan di Akademi Barcelona yang terletak di Jalal-Abad.

Pada 6 Jun, Republik Kyrgyz akan melayani kunjungan Malaysia di Stadium Dolon Omurzakov di Stadium Bishkek.



 
Selepas empat perlawanan, mereka menduduki tempat pertama kumpulan dengan sembilan mata, manakala Malaysia di tangga ketiga dengan enam mata.

Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan ketiga kelayakan untuk Piala Dunia 2026 dan akan turut mengesahkan kelayakan otomatik ke Piala Asia 2027.

 

Advertisement

Must Watch Video