Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Shahrul Saad anggap kelebihan fizikal Oman bukan alasan untuk menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrul-saad_1.png
Pemain pertahanan negara, Mohamad Shahrul Bin Mohamad Saad, tidak menjadikan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh skuad Oman sebagai alasan sebagai alasan untuk memberikan seratus peratus bagi mempertahankan tembok Harimau Malaya nanti.

Dia juga optimis perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Buki Jalil nanti bakal memberikan kelebihan buat skuad negara dan barisan pertahanan negara mampu mengekang serangan Oman memandangkan bermain di gelanggang sendiri.
 

"Kekalahan berdepan Oman memang mengecewakan kami kerana kami ingin pulang membawa mata, saya yakin akan ada perubahan di bahagian serangan pada perlawanan keempat selasa nanti.

"Kami tidak mahu kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti dan kami akan memberikan sepenuhnya ketika berada di atas padang nanti.

"Saya tidak merasakan mereka begitu kuat seperti pasukan-pasukan yang kami pernah lawan di Piala Asia sebelum ini.

"Saya yakin kita mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri. Kita juga mempunyai pemain yang tinggi dari segi fizikal cuma kena perlu mengawal dengan lebih baik." katanya.

Advertisement

Must Watch Video