Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Republik Kyrgyz sekat hajat tiga mata Harimau Malaya

Shaiful Shamsudin
Jun 6, 2024 00:53 MYT
REPUBLIK KYRGYZ 1 MALAYSA 1
Republik Kyrgyz menyekat hajat skuad Harimau Malaya untuk memungut mata penuh dalam perlawanan getir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu di Stadium Dolon Omurzakov, sebentar tadi.
Keputusan ini meletakkan Malaysia kekal di tangga ketiga Kumpulan D, secara tidak langsung menyempitkan peluang untuk ke pusingan ketiga.
Malaysia dan tuan rumah bermula seimbang apabila menutup separuh masa pertama sama handal 1-1 menerusi jaringan sendiri Valerii Kichin bagi memadam gol Gulzhigit Alykulov.
Begitupun, selepas sejam melewati permainan, barulah Endrick Dos Santos berpeluang melepaskan percubaan untuk kembali menguji gawang yang dikawal Erzhan Tokotayev.
Selepas beberapa pertukaran sekalipun menujur 10 minit terakhir permainan, momentum negara tidak pula dipertingkatkan hingga menyukarkan hajat tiga mata itu gagal direalisasikan hingga wisel penamat.
Dalam masa sama, Oman menguasai puncak Kumpulan D selepas membelasah Chinese Taipei 3-0.
#Harimau Malaya #Piala #kelayakan #Asia #Dunia/Piala