WC QUALIFYING
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Republik Korea pesta gol belasah Singapura
Son Heung-min dan Lee Kang-in menjaringkan dua gol ketika Republik Korea berpesta gol 7-0 mengatasi Singapura dalam aksi Kumpulan C saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Arab Saudi semalam.
Kemenangan memastikan Taeguk Warriors ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia Asia Arab Saudi 2027.
Terpaksa menunggu Perlawanan Lima untuk mengesahkan kemaraan, Republik Korea mengawal perlawanan sejak permulaan permainan.
Di sebalik penguasaan permainan dipamerkan, Korea hanya sekadar menghasilkan dua gol menerusi Kang-in dan Joo Min-kyu.
Meningkatkan lagi tempo permainan, Korea terus mengganas Kallang, apabila deretan jaringan yang dihasilkan, bermula dengan dua gol pantas Heung-min sebelum tiga lagi gol disempurnakan Kang-in, Bae Jun-ho dan Hwang Hee Chan.
Dengan tempat mereka di pusingan seterusnya terjamin, Korea akan menentang China PR dalam perlawanan akhir mereka pada hari Selasa tanpa tekanan manakala Singapura akan berusaha untuk menamatkan cabaran dengan penuh bermaruah apabila bertemu Thailand.