Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Razman namakan penjaga gol pilihannya kekang Republik Kyrgyz

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kalamullah.jpg
Selain kepincangan di jentera serangan, kem Harimau Malaya dibelenggu kebimbangan di benteng akhir pasukan.

Ia berikutan penjaga gol utama, Ahmad Syihan Hazmi, tidak dapat menyahut panggilan negara pada saat-saat akhir akibat kecederaan.

Justeru, bekas pertahanan negara, Razman Roslan, mempunyai pilihan tersendiri mengenai calon yang akan mengisi ketiadaan penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu. 

"Kalamullah Al-Hafiz mungkin boleh menjadi pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama tetapi kita tidak boleh menafikan Azri Ghani yang mempunyai pengalaman dan selalu dipanggil untuk mewakili negara. 

"Kalamullah mempamerkan ketenangan ketika bersama Kedah Darul Aman musim lalu selain dia juga memiliki ketenangan ketika berdepan tekanan tinggi.

"Pasukan negara akan berdepan tekanan tinggi untuk memburu kemenangan di Republik Kyrgyz. Kita perlukan seorang penjaga gol yang mampu membaca permainan dengan baik, " kata juara Piala AFF 2010 itu.

Mengulas mengenai situasi itu, Razman berpandangan positif peluang skuad bimbingan Pan-gon itu pulang dengan keputusan positif di tempat lawan.

"Dengan ketiadaan pemain utama, taktikal itu penting tapi sesiapa pun yang diturunkan, mereka harus berikan 200 peratus berbanding pemain utama sebelumnya. 

"Kita perlu turun seperti pergi berperang serta berikan sepenuhnya jiwa dan raga untuk mencapai keputusan yang baik," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video