WC QUALIFYING
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: R. Kogileswaran optimis Harimau Malaya mampu kecewakan Kyrgyzstan
Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kurang empat jam sahaja lagi, skuad negara akan turun berjuang untuk menentukan nasib mereka sama ada mampu menyalakan harapan ke kelompok 18 terbaik Asia ataupun sebaliknya.
Pemain Bunga Raya Damansara, Kogileswaran Raj, berasakan skuad Harimau Malaya tidak wajar membenarkan Kyrgyzstan menjaringkan gol awal sekali gus akan memberikan kelebihan buat skuad itu untuk melakar kemenangan.
Dia berharap agar anak buah Kim Pan-gon dapat menerapkan corak permainan yang berdisiplin dari aspek pertahanan dan ketika mengikut taktikal yang diterapkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu ketika beraksi di atas padang nanti.
Iklan
"Pertama sekali kita tidak boleh bolos, kita kena cukup berdisiplin dari segi pertahanan dan mengikut taktikal jurulatih Kim Pan-gon.
"Saya rasa kita boleh kecewakan Kyrgyzstan, saya rasa memang jika kita bermain di luar negara kita perlu menyesuaikan diri secepat mungkin.
"Biasanya jika bermain di away kita perlu pergi tiga hari awal untuk dapatkan permainan awal dan bersedia sepenuhnya." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video