LIGA SUPER MSIA
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pengalaman bukan halangan Safwan Mazlan intai kesebelasan utama
Pertahanan negara, Safwan Mazlan, mengakui tidak cukup masa untuk membuktikan kemampuan hanya dengan satu perlawanan persahabatan tertutup bertemu Perak.
Namun, pemain kelahiran Terengganu itu mendapat peluang beraksi selama 70 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat lalu, seakan-akan petanda yang cukup baik untuk Safwan mengisi kesebelasan utama buat pertama kali di Republik Kyrgyz sempena perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, Khamis ini.
Baru dua kali membuat penampilan bersama skuad negara, Safwan sedar tanggungjawab untuk menyinar diperlukan lebih usaha daripadanya.
"Saya perlu bekerja keras lagi untuk dapat tempat kesebelasan utama.
"Pertemuan dengan Perak tidak cukup untuk suntik keyakinan kepada saya untuk bertemu Republik Kyrgyz.
"Sebagai pemain muda, saya agak bergelut tapi saya boleh buat taktikal Kim Pan-gon maka inilah peluang untuk saya mengambil tempat," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.