Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memanggil semula lima pemain untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula Jumaat ini.
Dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Pan-gon mengekalkan 20 daripada 25 pemain daripada kem latihan pusat terdahulu tetapi Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih tidak dapat dipanggil gara-gara kecederaan.
Lima pemain baru berkenaan ialah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (penjaga gol), Shahrul Saad dan Syahmi Safari (pertahanan), Afiq Fazail (pemain tengah) dan yang paling mencuri tumpuan ialah kembalinya pemain sayap naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.
Harimau Malaya akan menghadapi aksi Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini sebelum bertemu Taiwan lima hari kemudian.