Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy dan ketua pasukan, Mohammaed Al-Musalami mahu menamatkan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia kumpulan D dengan kemenangan sekali gus meraih gelaran juara kumpulan.
Pasukan di ranking ke-77 FIFA itu berhasil mengutip 12 mata setakat ini selepas berjaya memenangi kesemua empat perlawanan kumpulan.
Oman akan melayani kunjungan pasukan Republik Kyrgyz bagi misi mencari kemenangan bersih susulan sudah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, malam ini.
Menurut sidang media perlawanan terakhir kumpulan D itu, seluruh pasukan Oman menganggap perlawanan menentang Republik Kyrgyz sebagai satu aksi panas kerana ketua pasukan Oman itu tidak mahu rakan sepasukannya memandang ringan ancaman lawannya.
"Kami sudah mengesahkan tempat untuk seterusnya namun, kami sedia menggegar pertahanan dan gol pasukan pelawat di hadapan peminat tempatan," katanya.