REPUBLIK KYRGYZ 1 MALAYSA 1
Skuad Harimau Malaya meredakan gemuruh awal babak pertama di Stadium Dolon Omurzakov, sebentar tadi, apabila mengikat Republik Kyrgyz 1-1.
Jaringan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24 yang melepaskan rembatan leret untuk menewaskan penjaga gol negara, Azri Ghani, jelas menyentak semangat pemain negara selepas aksi seimbang kedua-dua pasukan untuk perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.
Dalam masa sama, Erzhan Tokotayev pula cemerlang dengan layangan badannya menafikan percubaan berbahaya yang diatur barisan negara terutama rembatan Endrick Dos Santos.
Malaysia kemudian memanfaatkan sepakan percuma yang dimenangi Akhyar Rashid dan berakhir dengan jaringan sendiri oleh Valerii Kichin pada minit ke-38 selepas diberi cabaran di udara oleh kapten kebangsaan, Dion Cools.
Malaysia berkesempatan untuk mendahului tetapi Tokotayev sekali lagi bertindak cemerlang sebelum disambar Paulo Josue.