Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Mahali Jasuli optimis kemampuan Paulo Josue, Safawi Rasid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mahali.jpg
Bekas tonggak Harimau Malaya, Mahali Jasuli, menganggap tugas getir menanti anak buah Kim Pan-gon menjelang pertemuan kelima Kumpulan D aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyzstan berikutan kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

Mahali bagaimanapun percaya situasi semasa yang dihadapi kem kebangsaan ketika ini sebagai peluang terbaik buat barisan pemain yang terpilih bagi membuktikan kemampuan masing-masing.

Tonggak juara Piala AFF 2010 itu turut menjangkakan kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue, bakal diberikan peranan selaku penggempur utama Malaysia bagi merobek gawang  pasukan kendalian Stefan Tarkovic.

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Bukit Jalil menyaksikan Malaysia melakar kemenangan dramatik 4-3 hasil dua jaringan daripada Dion Cools, Faisal Halim dan satu jaringan sendiri pasukan lawan. 

"Mungkin Paulo Josue menjadi penyerang utama dengan bantuan Engku Shakir dan Hakimi. Saya percaya Safawi Rasid boleh beraksi sebagai penyerang utama.

"Dengan pilihan yang ada, saya percaya mereka akan menggalas tugas sebagai penyerang pasukan kebangsaan. 

"Di bahagian tengah kita mempunyai Syamer, Brendan dan Wilkin yang bagus dan tidak merisaukan dan boleh beraksi dengan baik. Saya harap mereka boleh berikans sesuatu yang positif." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video