Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kyrgyzstan pintas Harimau Malaya selepas atasi Chinese Taipei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kyrgyzstan-taiwan.jpg
CHINESE TAIPEI 0 KYRGYZSTAN 2

Kyrgyzstan memintas Malaysia dalam kedudukan Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila menumbangkan Chinese Taipei 2-0 dengan 10 pemain di Stadium Bolasepak Nanzih sebentar tadi.

Ia merupakan kemenangan kedua Kyrgyzstan selepas tewas 3-4 kepada Malaysia di Bukit Jalil dan menewaskan Oman 1-0 di laman sendiri pada November lalu.

Bagaimanapun, pasukan bimbingan Stefan Tarkovic itu terlebih dahulu berdepan cabaran berat apabila Said Datsiev dilayangkan kad merah seawal minit ke-24.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Kyrgyzstan tetap berupaya menguasai permainan dan berhasil memecahkan kebuntuan menerusi sepakan penalti Valerii Kichin pada minit ke-54 sebelum Kai Merk menambah satu lagi gol pada minit ke-80.

Dengan kemenangan itu, Kyrgyzstan mendahului cartya Kumpulan D dengan enam mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan Malaysia.

Kedudukan itu dijangka akan berubah selepas perlawanan Oman dan Harimau Malaya di Muscat awal pagi esok.
 

Advertisement

Must Watch Video