WC QUALIFYING
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: KPG tekad Malaysia balas dendam ke atas Oman di Bukit Jalil
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, meletakkan keyakinan tinggi Malaysia akan bangkit membalas dendam susulan kekalahan 0-2 kepada Oman menjelang aksi berikutnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Malaysia melewati langkah kiri, tewas buat kali pertama selepas tiga perlawanan di tangan Oman dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos awal pagi tadi.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, meskipun tidak mempunyai persediaan yang ideal menjelang pertemuan dengan Oman namun anak buahnya memberikan yang terbaik sebelum akur dengan kekalahan tersebut.
Iklan
Bagaimanapun, jurulatih berusia 54 tahun itu tetap positif dalam menyediakan pasukan terbaik dalam tempoh yang ada untuk perlawanan di tempat sendiri.
"Kami perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas, cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
"Perlawanan di tempat sendiri sepatutnya berbeza. Bagaimanapun kami mesti mengekalkan harapan dalam apa jua keadaan, kami mempunyai tiga perlawanan lagi,” katanya.
Must-Watch Video