Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kim Pan-gon seru 'extra effort' daripada semua pihak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pan-gong.jpg
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menyeru 'extra effort' daripada semua pihak dan bukannya menerusi pasukannya semata-mata dalam merealisasikan harapan penyokong untuk melihat Malaysia beraksi di pentas besar seperti Piala Dunia.

Menerusi wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, menjelaskan bahawa sekiranya ingin bercakap mengenai Piala Dunia maka kekuatan pasukan perlu bermula daripada persefahaman semua pihak sama ada kelab dalam liga dan badan induk.


 

Malaysia sekadar menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan 10 mata sekali gus tidak berjaya ke pusingan seterusnya.

"Kadang-kala pasukan kebangsaan Korea juga mempunyai masalah dengan prestasi untuk ke final dan kami meletakkan 'extra effort.

"Saya berfikir mengenai perlawanan terakhir menentang Oman dan juga perlawanan hari ini. Kerana itu kami membuat permintaan untuk bantuan. Saya tidak boleh mengeluh.

"Saya menghargai kerana sejak pertama kali di sini saya menerima banyak daripada kelab, saya menghargai kelab." katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video