WC QUALIFYING

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kalamullah Al-Hafiz layak isi kekosongan Syihan

05/06/2024 | 06:09 MYT
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menjadi pilihan bekas penjaga gol dan jurulatih penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram, menjelang aksi Malaysia bertemu Republik Kyrgyzstan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang bakal berlangsung esok.
Skuad bola sepak negara terpaksa melupakan khidmat Syihan Hazmi Mohamed selepas penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengalami kecederaan.
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), khidmat bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC itu disisihkan selepas doktor perubatan Harimau Selatan mengesahkan kecederaan pemain berusia 28 tahun berkenaan.
Ketika Malaysia dalam misi penting untuk membawa cabaran melepasi peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia, Azmin, yang merupakan jurulatih penjaga gol kebangsaan, memilih pemain Kedah Darul Aman, Kalamullah, sebagai individu tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syihan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anda boleh saksikan secara langsung perlawanan penting ini di Astro Arena HD saluran 801 bermula dengan prarancangan pada jam 10 malam esok.
Anda juga boleh saksikannya secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak #Harimau Malaya #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia #Republik Kyrgyz
;