BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Inilah DNA Harimau Malaya, kata Pan-gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, mampu menghelakan nafas lega dapat melepasi ranjau pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar tadi.
Walaupun Kyrgyzstan mencipta gerun buat Harimau Malaya sebelum gol kemenangan 4-3 pada masa kecederaan tercipta, tiga mata itu dianggap cukup penting bagi pengendali tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Saya hargai semua pemain kerana mereka menjadikan semua ini berlaku.
"Saya hargai sokongan penyokong kerana ia memberikan kami kekuatan untuk maju.
"Inilah DNA bola sepak Malaysia.
"Saya harap semua rakyat Malaysia gembira pada malam ini.
"Setiap pemain unik, mereka ada kemahuan untuk ke pusingan seterusnya dan kami haruskan kekalkan mentaliti ini," katanya.
Dalam perlawanan sebentar tadi, Arif Aiman Hanapi mencipta empat bantuan gol sementara Dion Cools yang meledak dua jaringan diangkat selaku Pemain Terbaik Perlawanan.
Skuad negara akan mengharungi perlawanan kedua Kumpulan D bertemu Taiwan, Selasa depan.