Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Info siaran langsung sidang media Oman vs Malaysia

Daeng Dhadyry
Mac 19, 2024 20:01 MYT
Sidang media perlawanan Oman menentang Malaysia bakal berlangsung pada Rabu, 20 Mac jam 8.00 malam dalam Nadi Arena yang mula bersiaran pukul 7.30 malam.
Menjelang pertemuan Oman dan Malaysia pada awal pagi 22 Mac nanti, kedua-dua pasukan bakal mengadakan sidang media yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801HD.
Perlawanan antara Oman dan Malaysia anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena 801HD pada Jumaat nanti jam 2.00 pagi.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga menyediakan tayangan skrin besar di seluruh negara dengan antaranya Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam sudah pasti akan menjadi destinasi tumpuan.

? Panggilan Negara, Ayuh Ekor Harimau Malaya! ? Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 ? ⚽️ Ayuh semua ramai-ramai ke TAYANGAN SKRIN BESAR dan zahirkan semangat kita! ? ?️ pic.twitter.com/EyyJD50s3V

— JBSNegara (@JBS_Negara) March 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia kini menghuni kedudukan tertinggi kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas mengharungi dua perlawanan pertama dengan kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Selepas perlawanan pada 22 Mac nanti, aksi keempat kumpulan akan menyaksikan Oman berkunjung ke Stadium Bukit Jalil pula pada 26 Mac, selasa depan.
Untuk rekod, dua kedudukan teratas kumpulan bakal mengesahkan slot di pentas Piala Asia 2027 serta layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
#Harimau Malaya #Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia