Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya kelihatan bersemangat berlepas ke Chinese Taipei

Muzaffar Musa
November 19, 2023 02:22 MYT
Skuad negara berlepas ke Chinese Taipei hari ini bagi meneruskan kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa ini.
Dalam satu rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikirimkan wartawan Astro Arena, Syen Yeoh, barisan pemain Harimau Malaya kelihatan bersemangat untuk meneruskan rentak kemenangan mereka menjelang pertemuan penting itu.
Sebagai rekod, skuad negara meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan dalam aksi pembukaaan Kumpulan D di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis lalu.
Ikuti laporan penuh dalam Nadi Weekend jam 7.30 malam ini.

Skuad Harimau Malaya ready berlepas ke Chinese Taipei. Misi 3 mata penuh!???@ASTROARENA pic.twitter.com/pzxgtCSMHz

— pekxian (@syennn__) November 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harimau Malaya #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia