Oman 1-1 Republik Kyrgyz
Harapan penyokong Harimau Malaya untuk melihat Oman melakar melakar kenduri gol menewaskan Republik Kyrgyz dengan jaringan besar tidak menjadi kenyataan selepas perlawanan itu sekadar berakhir dengan keputusan seri 1-1, awal pagi tadi.
Keputusan seri itu sekali gus menutup peluang tipis yang dimiliki skuad negara untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan menjadikan Malaysia sekadar berada di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan 10 mata di atas Chinese Taipei dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Keputusan seri itu sekali gus menjadikan Oman muncul juara kumpulan D dengan 13 mata sementara Republik Kyrgyz berjaya mengumpul 11 mata sebagai naib juara serta layak secara merit ke saingan Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Kim Pan-gon perlu menempuhi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bermula 25 Mac tahun depan selepas gagal layak secara automatik selaku dua pasukan teratas peringkat kumpulan dalam pusingan kedua.

FT | ?? Oman 1️⃣-1️⃣ Kyrgyz Republic ??
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 11, 2024
Kyrgyz Republic join Oman into Round 3! #AsianQualifiers pic.twitter.com/cxLIEhbAI7