Pemain tengah Terengganu, Engku Nur Shakir Engku Yacob, kini bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar dalam skuad Harimau Malaya.
Shakir percaya bahawa keupayaannya beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan mampu menarik perhatian ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon.
Krisis kecederaan yang melibatkan pemain utama di bahagian serangan membuatkan atlet berusia 26 tahun itu terpanggil untuk bersedia sepenuhnya sekiranya Pan-gon meletakkan kepercayaan kepadanya.
Shakir mengakui bahawa pada awalnya dia terkejut apabila dipilih, kerana merasakan ramai lagi pemain lain yang layak. Namun, pemain kelahiran Terengganu itu menzahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan.
"Ramai lagi pemain yang bagus tetapi saya yang terpilih, jadi saya amat bersyukur," katanya.
Walaupun berasa kerdil dalam kelompok pemain negara, Shakir tidak mahu situasi itu menyekat potensinya untuk menyerlah bersama skuad negara. Malah, beliau menegaskan bahawa kehadirannya bukan sekadar untuk memenuhi kuota 26 pemain, tetapi dengan sasaran yang lebih besar.
"Saya akan mempamerkan aksi terbaik untuk menarik perhatian KPG. Saya akan berikan sepenuh usaha supaya jurulatih (Pan-gon) nampak usaha saya," tegas Shakir.
Kehadirannya di dalam skuad negara diharapkan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain utama yang cedera, sekaligus membawa kejayaan kepada Harimau Malaya.