Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Datuk K. Rajagobal yakin Pan-gon akan kembali nilai pemain

Saufi Tahir
Mac 27, 2024 20:47 MYT
Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, berharap aksi kedua bertemu Oman sepatutnya berakhir dengan kutipan satu mata sekurang-kurangnya dalam perlawanan semalam selepas Malaysia tewas 0-2 kepada Oman.
Namun hasrat jurulatih berusia 67 tahun itu untuk melihat kebangkitan tersebut tidak berlaku malahan episod kesilapan di Muscat berulang sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dia yakin pengendali skuad negara dari Korea Selatan, Kim Pan-gon, akan menilai kembali setiap keputusan ketika tewas dalam dua aksi sebelum ini sama ada mencerminkan impak positif ataupun sebaliknya.
Malaysia bakal membawa misi wajib menang dalam baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgystan dan Chinese Taipei pada Jun depan.
"Pemain perlu tahu mereka sekurang-kurangnya perlu mendapatkan satu mata dalam perlawanan semalam. Syihan Hazmi dan Arif Aiman antara pemain yang menyerlah semalam.
"Jurulatih yang perlu menilai siapa pemain yang patut diturunkan dalam kesebelasan utama dan kadang kala perkara ini terjadi kerana perlu mengambil risiko dalam meletakkan barisan pemain.
"Kita perlu fikir semula adakah dia berada di landasan yang tepat dengan keputusan-keputusan yang diraih dalam beberapa perlawanan sebelum ini." katanya.
#bola sepak #Harimau Malaya #Datuk K.Rajagobal
;