Pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, berharap skuad Harimau Malaya berjaya mencuri sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan kelima Kumpulan D berdepan Kyrgyzstan, sebentar lagi.
Dia beranggapan tugas sukar menanti anak buah Kim Pan-gon di Bishkek memandangkan ketiadaan beberapa tonggak utama seperti Faisal Halim, Arif Aiman, Romel Morales dan Darren Lok akibat kecederaan.
Dalam perlawanan sebelum ini, skuad negara berjaya bangkin setelah ketinggalan 3-1 untuk melakar kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Bukan tugas mudah buat Kim Pan-gon kali ini. Dengan ketiadaan pemain utama di bahagian serangan dan pemain untuk jaringkan gol tiada dan berikan bantuan jaringan tiada.
"Kita mengharapkan taktikal dan percaturan menjadi buat pasukan negara, sekurangnya mendapat satu mata untuk bawa pulang dan perlu berkerja kuat.
"Rekod Kyrgyzstan lebih baik kerana banyak menang di tempat sendiri, kehendak perlawanan ketika ini adalah kita perlu menyerang dan menang." katanya.