Dia kagum dengan jurulatih dari Republik Korea itu yang berjaya menutup lopang kosong dengan pemain yang sedia ada selepas kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian serangan.
Malaysia mengikat Republik Kyrgyz dengan keputusan seri 1-1 di Bishkek dalam aksi kelima Kumpulan D dan bakal melengkapkan perlawanan terakhir berdepan kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.
Untuk rekod, perlawanan menentang Republik Kyrgyz merupakan Caps pertama buat Azri Ghani, Safwan Mazlan dan Adib Ra'op bersama skuad kebangsaan di Stadium Dolen Omurzakov.
Debut Harimau Malaya
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 7, 2024
Penjaga gol Azri Ghani, Safwan Mazlan & Adib Ra'op memperoleh caps pertama bersama skuad kebangsaan ketika seri 1-1 dengan Republik Kyrgyz pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Dolen Omurzakov, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/rKP7AR1WBp
"Satu kepujian kepada Kim Pan-gon, bukan mudah kehilangan pemain utama dalam momentum yang mengejutkan.
"Saya rasa ini pertama kali berlaku dalam pemilihan dia kehilangan pemain utama, saya juga berfikir cara dan bagaimana dia akan membawa pemain dengan keadaan sedia ada.
"Lebih berkesan adalah Azri Ghani dan Nooa laine yang bermain dengan baik." katanya kepada Nadi Arena.